Thursday, 16 February 2012

F-R-I-E-N-D-S




























 



 
Dear FRIENDS,

Thank you for being my best and the BEST friends for this while,
Keep accompany-ing me when I need you,
Try to be the best counselor when I need your service,
Keep reminding me when I forget,
Always scold me when I did wrong,
Being the best teacher by teaching me about this life,
Keep defend-ing me when someone tries to harm me,
Thank you for all you have did to me during my lifetime,
And you all are TOTALLY OUTSTANDING,
SUPERB-FRIENDS of mine!

I LOVE YOU ALL!


                                                                                                                                 Deep from my heart,
                                                                                                                                   Azeana.

 


 

Saturday, 11 February 2012

Serupa tapi tak sama

Annyeonghaseyo!

Selalu orang cakap kite ade 7 orang yang ade muka serupa dengan kite. Betul ker? Ade jugak member-member aku time sekolah dulu cakap muka aku ade sama macam dia nie la, sama macam dia tuh la. Yeker sama? Apesal aku tengok tak sama punnn? Ouhh mann. Mata aku rabun ke ape? Haha



And then time still lagi buat diploma kt salah sebuah kolej swasta dalam negara, ade jugak membe aku cakap muka aku ade sama macam muka seorang artis. Kalau artis tempatan boleh lagi diterima tapi ini artis HOLLYWOOD sehhh. Tergelak jugak aku dengar. Nie ha muka yang sama macam aku (konon-konon la)






Miranda Cosgrove okayy. Agak2 kan, ade ke sama nye? Hahaha :p





Adehhh. Macam-macam laa diorang nie. Kadang-kadang aku rase macam menipu pun ade. Mengarut betul. Tapi bangga pun ade sebenarnye kalau muka disamakan dengan orang yg fofularrr. Haha. Agak-agak muka aku ade tak sama dengan mane-mane jutawan yang sangat dikenali? Kalau ade sama boleh la aku menyamar kejap jadi diorang so aku dapat rasa hidup macam jutawan. Hahaha :p


Tapikan, biar sama macam mane pun wajah, hati tetap lain-lain. Kita tak tahu macam mana hati budi seseorang tuh if kita tak pernah nak kenal dia. Bak kata orang, 'tak kenal maka tak cinta'. Kan? So, aku tak kisah sangat macam mane rupa pelanduk dua serupa dengan aku tuh. Yang penting hati kita.


p/s : Jagalah hati kita dengan sebaiknya kerana rosak hati badan binasa (perumpamaan ape ntah macam nie) Hahaha. Anyway, aku tak suka makan hati. Ape pun jenis 'hati'. Okay, bye. See ya :)




Friday, 10 February 2012

Love You Eternally

Hey guys!

FYI, dua hari lepas aku ade dapat call dari someone that i don't know. Dia cakap dia dari one of shipping company and dia ade barang yang nak dihantar untuk aku jadi dia nak make sure la betul ke tak address yang ditulis tuh. Awal pagi plak tuh dia call. Aku pun belum mandi time tuh.


Tibe-tibe aku rase pelik. Bile mase plak aku ade pesan barang? Tak pernah plak aku pesan barang. Tikah, one of my housemate@my twin (lain mak abah and belum daftar kat JPN) takde plak pesan suruh ambik dia punye barang. Barang yang dia pesan kt aku suruh ambik pun dah di ambik. Pelik and ajaib sangat. Misteri pun ade.




PELIK...




MISTERI.....




and PELIK LAGI....




Hurmmmm.....





Dalam dok fikir-fikir tuh, tak sedar aku dah habiskan masa sejam dalam toilet tuh ha. Haha


Then lepas mandi aku tunggu and tunggu la orang tuh sampai. Nervous macam nak kahwin pun ade. Padahal nak ambik barang je pun. Haha. Then tibe-tibe phone aku pun berbunyi. Kringg! Kringg! (bukan macam nie sebenarnye)



Hencik XYZ : Hello, nie cik Siti Norazeana ker?
Me : Ye, saye. Sape nie eh?
Hencik XYZ : Saye dari Kangaroo.com. Saye dah sampai. Tolong datang ambik barang cik.
Me : Ouhh yeker. Okay okay. Tunggu 10 minit.



Then aku terus sarung t-shirt, jean lusuh yang aku selalu pakai and sarung tudung cepat-cepat and terus pergi ambik barang. Tapi aku rase agak lame jugak orang tuh tunggu. Takpe la bang. Takkan nak makan gaji buta je kot. Hahaha :p


Lepas dah ambik barang, and barang tuh dalam kotak and aku tak tahu ape benda dalam kotak tuh sebab tak bukak lagi, aku say thanks kat abang tuh. And dengan muka bengang sikit abang tuh cakap "sama-sama" and "Sorry lambat hantar". Err. Abang nie perli aku eh? Lantak la. Dengan muka tak bersalah aku cakap "takpe" and terus blah la. Hahaha


Sampai kat rumah tak sabar-sabar nak bukak kotak tuh tapi curious jugak. Then after fikir and fikir aku bukak jugak kotak tuh sebab atas nama aku kan (padahal cakap kt dudu tak bukak lagi. sorry i tipu! haha). Lepas bukak, Ouhh My!!!! Keluar nie





Jeng......







Jeng.......







Jengggggggg..........







Tadaaa!! Ini dia DUDU (bukan nama sebenar)





Pehhhhh. Bukan main terkejut lagi aku masa tuh. Somelllll gillersss ini teddy bear. Saye sangat suka! Then teringat ade orang pernah cakap nak hantar surat cinta (ehem ehem).


Then aku pun dengan pantas call and tanye dia. Then baru la dia berterus terang. Surat yang die maksudkan tuh ini teddy bear la. Surat laa sangat kann. Adehhh. Punya la jauh fikir sape yang hantar rupenye orang yang selalu contact aku jugak yang hantar.



Anyway, thank you so much my dear! I really love this teddy bear and i have named it as DUDU. I think it would be okay right? Jangan marah. Haha.


Tapi rasa bersalah and segan still ade sebab patutnye die yang terima hadiah bukan aku. Die punye birthday tak dapat nak bagi ape-ape pun. Just a birthday card as representative. Sorry dear :(






Okay, rasa malu sangat. Please la





Dear,

I wish i can stand beside of you on your birthday but i can't. So, saye nak minta maaf sangat. Nanti ade masa kita jumpa okay. And kite celebrate your belated birthday okay? Okay? Hehe



p/s : I love you every second, minutes, days, weeks, months, years, decades and so on! love ya :)

Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum and salam Maulidur Rasul semua!

Hari ini 5 February 2012 bersamaan dengan tahun Islam iaitu 12 Rabiul Awwal tahun 1433 Hijrah. Sebenarnya nie adalah tarikh keramat yang kita perlu ingat and sematkan dalam minda kita iaitu tarikh lahirnya nabi yang kita agungkan iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Kita sebagai umat Islam bukanlah diwajibkan untuk sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran pun. Cukup sekadar kita ingat dan juga mengenang lahirnya nabi kita di mana lahir juga agama yang kita atau saya sendiri anuti iaitu agama Islam.

Nabi Muhammad S.A.W. sendiri dahulunya pada zaman baginda tidak menyambut kelahiran baginda semeriah seperti apa yang kita lakukan sekarang. Tetapi tidak juga salah untuk kita sambut tetapi tidaklah sampai berlebih-lebihan. Tidaklah sampai membawa kepada maksiat. Tidaklah sampai menyumbang kepada riak, takbur dan sebagainya. Menyambut Maulidur Rasul ini dikatakan bida'ah hasanah iaitu bida'ah yang baik.
                                                             







Sejarah lahirnya Nabi Muhammad S.A.W. dimana ketika hari lahirnya baginda, Allah S.W.T. telah menghalang atau menutup pintu bagi bayi-bayi lain untuk lahir pada hari tersebut. Dan apabila dikhabarkan berita tersebut (berita kelahiran nabi) kepada bapa saudara nabi iaitu Abu Lahab iaitu penentang kuat agama Islam, Abu Lahab sangat gembira dengan kelahiran baginda sehingga telah memerdekakan seorang hambanya. Begitu gembira Abu Lahab sehingga menumbangkan kira-kira 14 ekor unta untuk dibuat kenduri. (kalau tak silap la. Hehehe)

Sambutan maulidur rasul untuk ingat sejarah kelahiran nabi kita dan juga bermulanya agama Islam. Sederhana pun takpe kot janji kita betul-betul menghayatinya.

p/s : Dulu kt sekolah rendah kalau time maulidur rasul mesti akan berarak sambil berselawat ke atas nabi then lepas tuh dengar ceramah. Still ingat lagi waktu tuh :)