Hari ini 5 February 2012 bersamaan dengan tahun Islam iaitu 12 Rabiul Awwal tahun 1433 Hijrah. Sebenarnya nie adalah tarikh keramat yang kita perlu ingat and sematkan dalam minda kita iaitu tarikh lahirnya nabi yang kita agungkan iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Kita sebagai umat Islam bukanlah diwajibkan untuk sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran pun. Cukup sekadar kita ingat dan juga mengenang lahirnya nabi kita di mana lahir juga agama yang kita atau saya sendiri anuti iaitu agama Islam.
Nabi Muhammad S.A.W. sendiri dahulunya pada zaman baginda tidak menyambut kelahiran baginda semeriah seperti apa yang kita lakukan sekarang. Tetapi tidak juga salah untuk kita sambut tetapi tidaklah sampai berlebih-lebihan. Tidaklah sampai membawa kepada maksiat. Tidaklah sampai menyumbang kepada riak, takbur dan sebagainya. Menyambut Maulidur Rasul ini dikatakan bida'ah hasanah iaitu bida'ah yang baik.
Sejarah lahirnya Nabi Muhammad S.A.W. dimana ketika hari lahirnya baginda, Allah S.W.T. telah menghalang atau menutup pintu bagi bayi-bayi lain untuk lahir pada hari tersebut. Dan apabila dikhabarkan berita tersebut (berita kelahiran nabi) kepada bapa saudara nabi iaitu Abu Lahab iaitu penentang kuat agama Islam, Abu Lahab sangat gembira dengan kelahiran baginda sehingga telah memerdekakan seorang hambanya. Begitu gembira Abu Lahab sehingga menumbangkan kira-kira 14 ekor unta untuk dibuat kenduri. (kalau tak silap la. Hehehe)
Sambutan maulidur rasul untuk ingat sejarah kelahiran nabi kita dan juga bermulanya agama Islam. Sederhana pun takpe kot janji kita betul-betul menghayatinya.
p/s : Dulu kt sekolah rendah kalau time maulidur rasul mesti akan berarak sambil berselawat ke atas nabi then lepas tuh dengar ceramah. Still ingat lagi waktu tuh :)

No comments:
Post a Comment